Monday, 4 July 2011

HIDUPAN DI LAUT DALAM.......

Assalammualaikum........

Tahukah anda apakah nama jurang yang terdalam di dunia?????? jawapannya ialah Jurang Mariana. Nama jurang ni macam nama orang lak.hehehe

Jurang Mariana mempunyai kedalaman mencapai
11,034 meter  dan lebar permukaan dasarnya  2550km/1580 batu
 Jurang mariana ini terletak di antara negara Filipina dan negara Jepun dan jurang ini adalah lebih tinggi daripada gunung Everest. kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari di:
http://www.sioloon.com/t18360-laut-terdalam-di-dunia

Kalau tadi aku ceritakan pasal jurang Mariana (walaupun  x habis) kali ni aku nak cerita dan nak konsikan pengetahuan aku yang ciput ni berkenaan dengan hidupan yang tinggal di dalam lautan dalam ini.








Gambar-gambar ikan dan hidupan di dasar laut:

Ikan Viper
matanya yang besar membantunya melihat didalam keadaan yang
gelap  dengan baik untuk memburu mangsanya

Ikan Viper atau nama latinnya Mesopelagie. Ikan ini tinggal di kedalaman 800-1600m dari permukan laut. Kulit ikan ini bersifat tidak berwarna dan organ haiwan ini juga boleh mengeluarkan warna dan proses ini di panggil sebagai bioluminescence. Proses ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk ikan ini menarik perhatian mangsanya.

Fongtooth

Fongthooth atau nama lainnya Aroplagaster Coinuta. Jika dilihat dari rupanya ikan ini kelihatan besar tetapi tahukah anda saiz ikan yang mempunyai gigi yang amat tajam ini panjangnya hanya 6 inci. Untuk pengetahuan anda lagi kerana sukar mendapat makan di dalam dasar laut yang dalam ini ikan ini makan apa yang dijumpainya atau dilanggarnya termasuklah ikan yang spesis dengannya. ikan ini tinggal di kedalaman 1600 kaki dasar laut. Dalamkan?dan ikan ini selalu di jumpai  di laut tropika seperti Australia.

Dragon fish
Nama latin bagi ikan ini ialah Grammatostomias Flagellibara hidup di kedalaman 5000 kaki/ 1500 meter di dasar laut. Haiwan yang memiliki seiras seperti janggut ini yang terhubung dengan dagunya boleh mengeluarkan cahaya. ikan ini juga mengeluarkan cahaya dari badannya apabila tibanya musim mengawal sebagai syarat pada sepesisnya bahawa musim mengawan telah tiba.

Tranquil


Ikan ini juga dikenali sebagai Melanocetus Johnsoni. tinggal di kedalaman 3000 kaki dalam laut. Selain itu haiwan ini boleh memanjang sehingga 8 inci dan boleh mengembang seperti bola keranjang(macam ikan buntal tapi bukan ikan buntal)

Gulper Eel


Gulper Eel juga dikenali sebagai  Eurypharynx Pelecnoides. ikan badannya boleh memanjang hingga boleh mencapai 2-6 kaki panjangnya. Tinggal di kedalaman 3000 hingga 6000 kaki.










ok itu sahaja =) hampir terlupa untuk pengetahuan umum anda kebanyakkan ikan dasar laut dalam mempunyai ciri2 seperti berikut:
  1. Bermata besar
  2. boleh mengerluarkan cahaya
  3. bergigi tajam
  4. dari golongan karnivor
sebenarnya banyak lagi nak di ceritakan disebabkan dah tak larat nak menaip terpaksalah hamba bersurai. Oklah geng jumpa lagi di lain masa daaaa.... bebey